Umbut Rotan

Jika di Semenanjung jarang sekali mendengar Umbut rotan digunakan di dalam masakan. Namun, di Sabah atau Sarawak Umbut Rotan memang tidak asing lagi khususnya di kalangan masayarat Iban. Di sarawak umbut rotan dipanggil ‘Upa Lalih’ manakala orang Sabah pula menyebutnya `tombirua`atau ambarua.

Kebiasaannya, cara menyediakannya ialah, batang dibakar sehingga lembut dalamnya, kemudian dibersihkan, ambil bahagian dalamnya dipotong bulat dan selepas itu boleh digoreng bersama dengan lada putih dan ikan masin. Ada juga yang buat sup. Rasanya sedikit pahit bagi yang tidak biasa makan.

Penulis sendiri belum pernah mencuba rasa umbut ini, cuma memang biasa melihat ia banyak dijual di Pasar Tamu di Sarawak. Jika anda ada cerita menarik mengenai umbut rotan, boleh kongsikannya di sini.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :13575