Timun Betik

titigantung

Cuti hari minggu yang lalu sempat singgah di gerai buah-buahan yang terletak di Titi Gantung, Perak. Memang selalu singgah di situ membeli jagung setiap kali pulang ke kampung. Kali ini sempat berkenalan dengan buah Timun Betik. Sebelum ini pernah berjumpa tetapi tidak pernah bertanya.

timun-betik

Kata makcik di atas ni, buah ni diambil di Tapah. Biasanya buah ni sedap dibuat jus iaitu dikisarkan dan dicampur dengan susu. Sehingga kini, saya masih belum mencubanya lagi. Kalau makan begitu sahaja, bagi saya tidaklah semanis mana. Mungkin ia belum cukup masak agaknya. Disangkakan rasa seperti tembikai susu tetapi rupanya tidak.

timun-betik2

Kalau merujuk kepada Blog-blog yang lain, buah timun betik memang jarang dimakan secara segar sebaliknya dijadikan masakan atau minuman. Antaranya seperti Timun Betik Bersantan atau dibuat serawa, iaitu dengan mencampurkan santan, garam & air gula merah/melaka.

timun-betik3

Ada sesiapa yang pernah  makan timun betik ini, diharap dapatkan berkongsikan sesuatu disini. Mana tahu ada sajian lain yang orang lain tidak tahu.

Number of View :13983