Pucuk Cabang Tiga

pokok-cabang-tiga

Artikel kali ini, hanyalah update ringkas mengenai Pucuk Cabang Tiga yang penulis temui semasa membuat lawatan ke Bukit Gantang, Perak beberapa hari yang lalu. Pokok Cabang tiga ini sebenarnya adalah panggilan nama tempatan di beberapa tempat di daerah Perak termasuk di kawasan Teluk Intan. Pokok ini digelar dengan Cabang Tiga disebabkan setiap tangkai/pucuk mengeluarkan 3 helai daun.

Di Malaysia, pokok ini lebih popular dengan nama Tenggek Burung atau nama saintifiknya Melicope pteleifolia

bunga-tenggek-burung

Pokok ini boleh membesar seperti pokok rambutan dan  mengeluarkan bunga bewarna putih serta buah yang banyak (seperti gambar di atas dan bawah).

buah-tenggek-burung

Jika anda mempunyai cerita mengenai pokok ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :20174

Pucuk Tenggek burung

tenggek-burung

Pokok Tenggek Burung hidup meliar di kawasan terbuka, belukar, dan kawasan tanah gambut serta tanah yang tinggi kandungan sulfat. Pokok ini membiak dengan cara biji benih yang disebarkan oleh burung yang gemar memakan buahnya. Bunga Tengek burung kecil,berwarna hijau kelabu.

Khasiat : Pucuk Tenggek burung berkhasiat dan amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka selera makan. Pokok ini mampu membantu wanita terutamanya wanita yang baru lepas bersalin terutama mengecutkan rahim. Ia juga dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan peraliran darah.

Number of View :19332