6 Khasiat Teh Hijau

Teh Hijau telah diketahui mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Antara khasiat utama yang perlu anda ketahui adalah seperti berikut;

Awet Muda
Kelancaran darah dalam tubuh mencerminkan diri anda yang awet muda. Amalkan meminum teh hijau untuk memerangi plak lemak dan kolesterol yang membuatkan pembuluh darah anda tersumbat.

Menyejukkan Kulit
Tahukah anda, teh hijau berkhasiat ibarat antiseptik semula jadi yang boleh meredakan radang dan gatal kulit. Cuba rendamkan teh hijau dan gosokkan pada kulit yang bermasalah.

Kurangkan Risiko Kanser
Kandungan polifenol dan antioksidan yang kuat pada teh hijau membolehkannya membina benteng mencegah sel kanser daripada berkembang dalam tubuh. Penggemar teh hijau ‘terlindung’ daripada risiko kanser usus, perut, prostat dan sebagainya.

Turunkan Berat Badan
Ramai yang mengamalkan rutin yang satu ini untuk kurus dan ia merupakan satu pilihan yang bijak. Minum teh hijau nyata mempercepatkan proses pembakaran kalori dalam tubuh. Tak perlu susah berdiet bukan?

Pulihkan Daya Ingatan
Antioksidan yang tinggi dalam teh hijau mampu memerangi radikal bebas yang berpotensi merosakkan saraf otak seperti yang dihadapi penderita Alzheimer dan Parkinson.

Stabilkan Tekanan Darah
Minum secawan teh hijau sehari mengurangkan 50 peratus risiko untuk anda menghidap tekanan darah tinggi berbanding mereka yang hanya menikmati minuman teh biasa. Sekali lagi, polifenol bertindak untuk menstabilkan tekanan darah dan memelihara pembuluh darah daripada sebarang kontraksi yang berbahaya.

Rujukan : Majalah Harmoni

Number of View :1608

Khasiat Herba dari Roselle kering, Bunga ros kering, Peria kering, Kurma, Halia dan Teh hijau

roselle

Saya telah mencuba berbagai produk herba untuk menurunkan berat badan,tetapi tidak mendapat hasil yang memuaskan. Pil herba juga telah saya gunakan, namun hasilnya tetap sama. Kesan sampingan yang sering saya alami ialah pening, panas badan yang beerlebihan, tonsil bengkak dan kesukaran membuang air kecil. Bagi penggunaan teh herba pelansing pula, setelah menggunakannya, biasanya saya akan mengalami cirit-birit yang berterusan, najis cair, kulit menjadi kering dan semakin gelap serta tidak selesa.

Akhirnya saya meggunakan cara sendiri dengan merebus roselle kering, bunga ros kering,peria kering,kurma,halia,teh hijau, dan kaktus kering untuk dijadikan minuman merampingkan badan. Hasil dari itu saya berjaya mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan yakin dengan bahan yang dihasilkan sendiri dari dapur saya. Saya menjadi semakin segar dan cergas, kulit semakin berseri hasil gabungan roselle dan ros kering serta tidak mengalami cirit-birit hasil gabungan peria kering dan kurma.

Kebanyakan barangan yang telah dikeringkan tersebut boleh didapati dari kedai ubat herba cina. Saya tidak perlu lagi bergantung pada ubat-ubatan herba atau yang lainnya yang tidak begitu jelas kandungan didalamnya. Dengan merebus dan mengadun sendiri ramuan tersebut, saya dan keluarga dapat menikmati hasil tumbuhan alam semulajadi yang penuh dengan khasiat tanpa ragu-ragu dan seluruh ahli keluarga saya menggunakannya tanpa risau dan bimbang kerana ia adalah minuman kesihatan hasil buatan sendiri.

Kiriman Emel:salmahsahuddin @ ymail.com

Number of View :10810