Bunga Wedelia Kuning

Wedelia Kuning atau nama saintifiknya Sphagneticola trilobata (syn: Wedelia trilobata)  tergolong dalam famili Compositae atau Asteraceae.  Pokok Wedelia yang dikatakan berasal dari Amerika Tengah ini mampu tumbuh dengan ketinggian sehingga 60-70 cm. Daunnya mudah dikenali dengan melihat permukaan daun yang berbulu (kasar) dan tepi daun yang bergerigi.

Bunganya berwarna kuning cerah, berukuran kecil dengan kelopak bunga melingkar seperti bunga matahari. Ia sangat sesuai tumbuh di kawasan yang menerima sinaran matahari penuh. Pokok Wedelia sering ditanam sebagai tanaman penutup bumi di kawasan taman, pinggir jalan dan lereng bukit. Ia juga boleh di jadikan sebagai tanaman hiasan bagi menyerikan suasana di perkarangan rumah.

Pokok Wedelia juga dikatakan mempunyai kegunaan di dalam perubatan tradisional. Air rebusan keseluruhan pokok diminum bagi merawat masalah demam, batuk berkahak, sakit kepala akibat demam dan selsema. Sejauh mana, amalan ini dilakukan di kalangan masyarakat di Malaysia, saya sendiri tidak pasti. Mungkin anda boleh memberi komen di sini.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :2472

Kacang Mucuna

Kacang Mucuna atau nama saintifiknya Mucuna bracteata adalah sejenis kekacang penutup bumi yang tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae).  Spesies yang berasal dari India ini telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1991 bagi penanaman di kawasan ladang kelapa sawit.

Pertumbuhan pokok ini sangat pantas, sehingga mampu mampu mengawal pertumbuhan rumpai yang lain; serta menjadi dominan di kawasan tersebut. Selain itu, tumbuhan jenis kekacang ini mempunyai keupayaan sebagai pengikat nitrogen di udara. Ini secara tidak langsung akan membekalkan unsur Nitrogen (N) untuk tanaman kelapa sawit serta mengawal kelembapan tanah.

Pada bulan yang lalu, penulis sempat berkunjung ke Pusat Penyelidikan UKM, di Bukit Fraser. Kebetulan, terdapat beberapa pokok Mucuna yang ditanam di situ sedang mengeluarkan bunga. Apa yang menarik tentang pokok kacang Mucuna ini adalah pada struktur dan warna bunganya. Sangat cantik. Menurut rujukan, pembetukan bunga dan buah kekacang ini hanya terjadi pada kawasan dan cuaca tertentu sahaja; iaitu pada kawasan yang bersuhu sejuk atau sederhana sejuk.

Adakah pokok kacang Mucuna ini berjaya menghasilkan biji benih dalam keadaan cuaca di Bukit Fraser ?

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :4914