Bunga Ros Jepun

ros-jepun

Artikel kali saya cuma nak update sejenis lagi tanaman hiasan yang popular ditanam di kawasan rumah. Pokok Bunga Ros Jepun nama saintifiknya Portulaca grandiflora merupakan tanaman jenis menjalar dan amat mudah dibiakkan melalui keratan dan biji benih benih. Biji benihnya kecil seperti biji benih sawi. Pokok ini memang sesuai ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh. Bunganya biasanya mekar atau berkembang pada waktu pagi dan kuncup di sebelah petang. Terdapat pelbagai varieti warna bunga yang terdiri dari merah, putih, kuning, unggu, merah jambu, dan jingga. Dari segi khasiat perubatan, daunnya dipercayai boleh digunakan bagi merawat luka ringan iaitu dengan menampal daun yang dilumatkan pada bahagian yang luka. Jika ada menanam tanaman ini di rumah, boleh kongsikannya di sini.

Number of View :46165

Koleksi Tanaman Hiasan di Floria 2010

Antara koleksi gambar tanaman hiasan yang sempat saya rakamkan di Floria 2010.  Kalau diikutkan memang banyak sekali spesis tanaman heliconia terdapat di sana. Banyak juga yang baru saya pertama kali jumpa. Maaflah, saya tidak sempat nak tunjukkan ke semuanya. Ini sahajalah yang dapat saya hidangkan untuk tatapan anda..
tanaman-hiasan

tanaman-hiasan2

tanaman-hiasan3

tanaman-hiasan4

tanaman-hiasan5

tanaman-hiasan6

tanaman-hiasan7

tanaman-hiasan8

tanaman-hiasan9

tanaman-hiasan10

Number of View :12107

Pokok Hiasan yang jarang dijumpai

pokok

Gambar pokok ini di ambil semasa saya membuat program di Kolej Tun Syed Nasir di UKM Kuala Lumpur. Pertama kali saya datang, saya tertarik dengan pokok hiasan yang terletak di luar Kolej kediaman tersebut. Apa yang menarik pandangan adalah keunikan bunga dan buahnya. Persoalan yang timbul ketika itu.. adakah buah tersebut boleh dimakan? Tahu nak mencekek je !

pokok1

Selayang pandang, bunganya seakan bunga dalam family Pasiflora. Memang cantik dan unik bentuk dan warnanya. Buahnya pula mempunyai bentuk yang separuh bulat. Nak kata macam apa pun tak tahu.. Anda rasa macam apa?

pokok2

Pokok Hiasan jenis ini memang jarang saya jumpa di Kuala Lumpur. Kalau di Melaka ada juga jumpa di tepi-tepi jalan utama. Setakat ini saya belum lagi jumpa namanya. Tak sempat nak selak kitab. Kalau ada yang tahu namanya atau pernah jumpa pokok ini bolehlah kongsikannya di sini..

Number of View :20888

Statistik Pencarian Tumbuhan – Mei 2009

Salam semua.. Dah lama tak update Blog..  Minggu lepas pergi Ayer Hitam.  Saya nak update sedikit la statistik pencarian untuk bulan Mei.  Tahukah anda, apakah tumbuhan yang paling popular dan ramai orang ingin tahu.. Ok.. saya akan sertakan sedikit maklumat untuk anda. Berikut merupakan statistik pencarian tentang tumbuhan di Blog ini dengan menggunakan enjin carian Google/Yahoo/etc pada bulan Mei 2009. Mengikut statistik sebenar terdapat 6,388 kata carian (keyword) di enjin pencarian yang bertemu dengan Blog www.fazlisyam.com. Sedikit kekurangan berbanding bulan lepas(7,501). Namun, di bawah ini merupakan Carta top 20 yang tertinggi bagi kata carian yang tertinggi. Jumlah visitor pada bulan Mei 2009 pula ialah mencecah 11,723 orang.
Kata carian

orkid 226  (bilangan carian)

landskap 179
bunga raya 173
herba 153
tanaman herba 138
tanaman hiasan 135
khasiat misai kucing 118
bunga ros 113
kelapa sawit 113
tunjuk langit 107
pokok gaharu 101
bunga orkid 97
roselle 93
misai kucing 88
teknologi pertanian 83
buah delima 82
tumbuhan 79
tumbuhan herba 75
periuk kera 75
rempah ratus 73

Kesimpulannya, bunga orkid sekali lagi mengekal kejuaraan iaitu menjadi bunga yang paling popular mengalahkan bunga-bunga lain walaupun cuba dipintas dengan bunga raya. Bagi kategori herba, pokok misai kucing juga berjaya mengekalkan kejuaraan dan seterusnya menjadi herba paling popular pada bulan Mei.

Antara keyword atau lain-lain kata carian pada bulan April yang jarang di temui di Blog ini dan saya rasa ianya unik ialah bonsai pohon beruas, khasiat rotan songsang, khasiat daun kecubung, khasiat akar pokok inai, cara membunuh pokok buluh dan rumput gajah.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :5672

Membiak tanaman hiasan ~bunga kertas

bunga-kertas

Terdapat pelbagai teknik mudah yang boleh anda lakukan untuk pembiakan tanaman hiasan taman.Antara tanaman paling mudah untuk pembiakan ialah bougainvillea atau pokok bunga kertas kerana kepelbagaian spesies dan warna bunganya.Sifat tanaman berkenaan yang cepat subur dan sesuai dengan iklim hutan hujan tropika, mendorong ramai pemilik kediaman menjadikan bougainvillea sebagai penyeri laman.

Teknik pembiakan melalui cantuman batang tidak sesukar yang difikirkan. Jika berjaya, ia bakal merimbunkan taman peribadi anda.Teknik pembiakan melalui cantuman batang bougainvillea.Dahan yang dipilih mestilah masih muda dan belum diklasifikasikan sebagai kayu. Pokok asal dipanggil ‘pokok menunggu,’ sementara pokok yang diambil sebahagian kecil batang untuk dicantumkan pula dipanggil ‘pokok mendatang.’

Berikut beberapa langkah yang dicadangkan pemilik Noble Lanscape & Nursery, Khairol Anuar Ahmad.

Langkah 1

– Sebaik-baiknya gunakan pisau cukur sebagai alat untuk memotong batang ‘pokok menunggu,’ secara tirus.

Langkah 2

– buang semua daun yang berada berhampiran batang ‘pokok menunggu’ yang bakal dicantumkan supaya tidak mengganggu proses pembiakan kelak.

Langkah 3

– Belah batang ‘pokok menunggu’ sedalam dua inci dan perlu dilakukan di bawah mata tunas dan ia perlu sama dengan ukuran batang ‘pokok mendatang’ yang bakal dicantumkan.

Langkah 4

– Sebelum dicantumkan, potong secara tirus batang ‘pokok mendatang’ supaya tidak menimbulkan masalah ketika pembiakan kelak.

Langkah 5

– Cantumkan terus batang ‘pokok mendatang’ ke dalam batang ‘pokok menunggu’ dengan teliti selepas memotongnya tirus sementara getah masih ada.

Langkah 6

– Gunakan ‘sealing film’ bagi menguatkan batang pokok yang dicantum tadi.

Langkah 7

– Gunakan plastik sesuai yang lutsinar (mudah dimasuki cahaya matahari) untuk membalut bahagian batang ‘pokok menunggu’ dan ‘pokok mendatang’ yang dicantum tadi serta ikat.Sebagai langkah terbaik biarkan selama dua minggu sebelum plastik itu dibuka dan buang semua daun yang ada pada batang ‘pokok menunggu ‘ yang dicantum untuk menghasilkan daun baru ‘pokok mendatang’.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :14251