Cili Padi Bara

Sedar tidak sedar sudah hampir 2 bulan saya tidak meng’updated’Blog ini.  Artikel kali ini adalah mengenai Cili Padi Bara yang pernah saya tanam pada bulan Februari tahun 2016 yang lalu (  lebih 2 tahun ). Benih yang dibeli disemai dalam dulang (tray) semaian. Lebih dari 3minggu rasanya, baru saya pindahkan ke dalam pasu. Semai benih cili memang banyak tetapi lebih kurang 20 pokok sahaja  ditanam di perkarangan rumah.

Percubaan menanam cili padi bara tidak sia-sia. Ia mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Pokok mengeluarkan banyak bunga dan buah.

Tempoh dari mula menyemai anak benih sehingga mula berbunga mengambil masa lebih kurang 2 bulan. Manakala tempoh pokok berbunga hingga buah matang mengambil masa lebih kurang 1 bulan.

Perkara yang memenatkan selepas pokok berbuah adalah semasa mengutip hasil. Buah yang lebat dan banyak membuatkan tangan terasa letih semasa memetik buah. Daripada pengiraan saya, untuk mendapatkan 1 kilogram cili padi mengambil masa kira-kira 2jam. Jikalau sudah mahir, rasanya lebih cepat.

Pokok cili padi bara yang saya tanam menghasilkan lebih kurang 500-600gram sepokok. Jika dijaga dengan baik dan pembajaan dengan betul, hasilnya boleh dapat lebih dari itu.

Serangga yang bernama ‘white fly’ atau lalat putih sangat menggemari pokok cili. Oleh kerana tidak menggunakan racun serangga, ketika berusia 3-4 bulan, pokok cili padi diserang dengan teruk sekali dengan lalat putih ini. Serangga ini sangat cepat membiak. Akhir sekali, saya cabut dan buang.

Inilah rupa cili padi bara yang telah matang dan apabila masak berwarna merah. Rasanya sangat pedas jika dibandingkan dengan cili padi yang biasa atau cili padi kampung.

Jika anda suka menanam, cili padi bara merupakan salah satu varieti cili yang harus anda cuba. Di sebabkan itu, ramai pengusaha cili yang suka menanam cili padi bara disebabkan hasilnya yang tinggi dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Number of View :4323

Menanam Cili di Halaman Rumah

image
Benarlah kata orang tua-tua, tak rugi berbudi pada tanah. Cerita pasal berbudi pada tanah, penulis berkesempatan melawat di sebuah kawasan rumah yang terletak di Cheras Baru, Kuala Lumpur. Pasangan suami isteri ini memang minat bercucuk tanam. Oleh kerana kawasan yang bertanah adalah terhad, jadi mereka menggunakan polibeg untuk menanam sebanyak 60 pokok cili padi. Pokok cili yang berusia lebih 5 bulan itu sudahpun memberikan hasil beberapa kali.
Kutipan cili yang mereka perolehi kali ini adalah yang paling tinggi beratnya iaitu lebih kurang 4 kilo, namun bukanlah keseluruhannya. Jika tanam sepokok dua, masih lagi terdaya hendak memetiknya tetapi kalau sudah 60 pokok, lenguh juga pinggang dibuatnya.
image

Kebetulan pula, bersebelahan rumahnya terdapat pokok petai yang sedang mengeluarkan buahnya. Jadi, pakcik pun menunjukkan demonstrasi mengait buah petai menggunakan galah yang boleh disambung sehingga mencapai 30 kaki.

Number of View :19703