Jenis Buluh

Artikel ini saya ingin kongsikan beberapa jenis buluh yang telah dikeringkan dan dijadikan sebagai bahan pameran. Gambar ini dirakamkan semasa kunjungan ke Taman Eco Rimba Kuala Lumpur (KL) pada bulan November 2017 yang lalu. Pokok buluh ini juga boleh dijumpai di sana. Pokok buluh tergolong dalam famili Poacea sama seperti pokok lalang (Imperata cylindrica), padi (Oryza sativa L) dan tebu (Saccharum officinarum L).

Buluh Lemang atau nama saintifiknya Schizostachyum brachycladum. Telah mula ditanam secara komersil kerana mendapat permintaan yang tinggi.

Buluh Semeliang atau nama saintifiknya Schizostachyum grande. Buluh ini dikatakan sesuai untuk pembuatan rangka dan kraftangan.

Buluh Betong atau nama saintifiknya Gigantochloa thoi. Buluh ini dikatakan menghasilkan rebung yang enak.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :3138

Taman Eco Rimba Kuala Lumpur (KL)

Taman Eco Rimba KL merupakan Hutan Simpan yang terletak di Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Bagi yang menetap di KL atau sekitar KL tidak perlu untuk pergi jauh untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Di sini tempat yang sesuai untuk anda. Saya sempat berkunjung ke Taman Eco Rimba KL pada November 2017 yang lalu. Baru hari ini dapat berkongsi coretan di Blog ini. Sewaktu lawatan ke sana, tiket masuk masih lagi percuma. Waktu sekarang, saya tidak pasti.

Taman Eco Rimba ini sangat istimewa untuk dikunjungi kerana ianya merupakan satu-satunya hutan tropika dimana ia masih wujud di tengah ibukota. Sekiranya anda menjejaki ke dalam hutan ini, anda masih dapat melihat bangunan tinggi di luar sana. Hutan seluas 9 hektar ini mempunyai beberapa tempat untuk dikunjungi. Antaranya ialah melalui Titian Silara (canopy walk) atau ada yang sebut jambatan gantung. Di sini anda boleh pemandangan pokok dari atas. Sayang sekali saya tidak dapat berkunjung ke semua tempat tersebut. Pada artikel kali ini, saya ingin kongsikan gambar yang sempat saya rakamkan di sekitar Titian Silara tersebut. Di harap, dapat menarik anda untuk berkunjung ke sana.

 

Sampai sini sahaja perkongsian saya yang tidak seberapa ini. Saya mungkin akan berkunjung semula ke Taman Eco Rimba Bukit Nanas Kuala Lumpur ini. Nantikan Artikel akan datang 🙂

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :2907