Taman Botanikal Melaka

taman-botani-melaka

Taman Botanikal Melaka yang terletak di Ayer Keroh Melaka merupakan salah satu destinasi pelancongan dan tempat persinggahan yang menjanjikan ketenangan dari kesesakan dan kesibukan kota. Manakan tidak, keindahan taman ini dan persekitarannya di kelilingi landskap hutan semulajadi kaya denganĀ  pelbagai spesis tumbuhan yang dianggarkan lebih 300 spesis. Pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar dapat anda alami di Taman Botanikal Melaka. Memang sesuai kalau bawa anak-anak anda datang ke sini sekali sekala.

buggy

Bayaran untuk masuk adalah percuma namun jika anda tidak larat berjalan kaki ke dalam Taman ini, perkhidmatan “Buggy Ride” disediakan dengan harga yang berpatutan. Bayaran bagi dua tempat duduk misalnya baru berharga RM18 dan diberi masa selama 45 minit untuk ronda-ronda di dalam Taman. Boleh tahan juga luas Taman ini. Di dalam Taman ini juga terdapat kemudahan taman permainan, jambatan gantung, Muzium Perhutanan dan macam-macam lagi. Tidak sempat nak melawat ke semuanya.

Bakal seorang ahli botani yang sedang berdiri di sebelah pokok Sena atau nama saintifiknya Pterocarpus Indicus. Sudah tentu anda pernah mendengar nama daerah di Kedah yang juga dikenali dengan nama Pokok Sena. Di bawahnya pula merupakan pokok yang dikenali pokok Keledang-Keledang atau nama sainsnya Artocarpus lanceifolius.

Antara gambar-gambar pokok yang sempat saya rakamkan semasa melawat ke Taman Botanikal Melaka. Di harap, anda berpuas hati dengan paparan yang tidak seberapa ini. Sedikit sebanyak membuka minat anda untuk singgah ke sana apabila berpeluangĀ  melawat ke negeri Melaka. Maaflah, nak ambil gambar keseluruhan pokok memang tak dapat sebab kebanyakkan pokok tinggi-tinggi belaka. Jadi, tengok ajelah gambar batang pokok….

Pokok Tampoi..

Pokok Tabak..

Pokok Bintagor Bunut..

Pokok Sesendok..

Pokok Kedondong Sengkuang..

Pokok Kandis..

Pokok Nyatoh..

Pokok Ludai Api..

Pokok Lelidah..

Pokok Sepetir..

Gambar kanopi pokok dari bawah. Memang menarik !!

Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk para pembaca. Jika anda pernah melawat ke sana, bolehlah kongsikan cerita anda di sini. Atau jika anda pernah mendengar nama pokok-pokok di atas ini, di harap juga boleh berkongsikan sesuatu.

Number of View :29216