Herba Emas Negara

Hari ini saya hendak kongsikan salah sebuah Buku yang terdapat dalam koleksi simpanan saya. Buku bertajuk “Herba Emas Negara” yang diterbitkan oleh Frim pada tahun 2016 ini adalah satu usaha bagi memartabatkan khazanah warisan amalan perubatan Melayu. Buku ini dilengkapi dengan pelbagai khasiat dan amalan pengubatan beserta dapatan saintifik yang berkaitan dengan 18 spesies herba yang kini merupakan fokus penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan. Antaranya ialah Mengkudu, Dukung anak, Halia, Senduduk, Pegaga, Tongkat ali, Hempedu bumi, Kacip fatimah, Misai kucing, Gelenggang, Lempoyang, Belalai gajah, Kaduk, Mas cotek, Sambung nyawa, Peria dan Ramunggai.

Menurut Penulis Buku ini, kesemua herba ini telah dimanfaatkan untuk pelbagai rawatan oleh pengamal perubatan Melayu. Kaedah penyediaan setiap satunya diperihalkan bagi mendokumenkan penggunaannya dalam amalan perubatan/perawatan tradisi masyarakat Melayu. Penggunaan spesies yang sama dalam kalangan masyarakat bukan Melayu turut disenaraikan bagi maksud perbandingan.
Penelitian data dari penyelidikan saintifik terhadap 18 spesies terpilih ini didapati menyokong sebahagian potensi terapeutik sekaligus menjelaskan rasional penggunaannya dalam sesetengah pengubatan tradisi. Namun kajian pengesahan lanjutan dan kajian klinikal yang lebih terperinci amat
perlu sebelum mana-mana spesis dapat diperakukan penggunaannya untuk apa jua perawatan yang spesifik.

Semoga maklumat yang dikongsi menerusi buku Herba Emas Negara ini boleh dimanfaatkan ke arah memartabatkan pengetahuan tradisi Melayu, menyantuni penggiat industri herba tempatan seterusnya memperkasa industri herba negara.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :285

Senduduk Putih

senduduk-putih

Senduduk Putih merupakan sejenis tumbuhan yang sukar ditemui, tidak seperti senduduk ungu yang tumbuh meliar di merata tempat. Senduduk khususnya yang berbunga ungu juga dikategorikan dalam kumpulan rumpai kerana ia  banyak tumbuh di kawasan kebun dan perlu dibasmi. Ramai yang menyatakan Senduduk putih jarang dijumpai dan ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ada yang mempercayai ia boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular.

senduduk-putih2

Selain itu, ia juga dapat dipercayai dapat mengubati penyakit wanita seperti keputihan dan darah haid yang tidak henti. Yang menariknya tentang khasiat pokok ini ialah ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap). Sejauh mana amalan ini dipratikkan saya sendiri tidak pasti. Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan tumbuhan ini di harap kongsikan bersama.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhanNumber of View :26172