Buah Khiyat @ Sekiat

sekiat

Beberapa minit yang lalu, saya membuat carian Google mengenai buah-buahan nadir yang masih banyak lagi yang saya tidak tahu. Tidak sangka saya terjumpa salah satu lagi jenis buah nadir yang disebut buah khiyat oleh masyarakat di negeri Kelantan. Dipercayai juga buah khiyat ini memang banyak dijumpai di sebelah pantai timur terutamanya Kelantan. Di negeri lain saya tidak pasti apa gelarannya.  Memang menarik dan unik buah khiyat atau sekiat ini.

Walau bagaimanapun, saya tidak dapat mengenalpasti bagaimana caranya nak makan buah ini atau mungkin buah ini tidak sesuai dimakan segar. Mungkin juga perlu dimasak atau sebagainya. Setakat ini saya belum berjumpa lagi apa-apa rujukan mengenai buah ini.

Jika anda pernah melihat atau makan buah ini, diharap anda sudi berkongsi apa-apa informasi di sini. Semoga perkongsian anda memberi manfaat kepada semua pembaca.. Tenkiu..

Number of View :35138