Pokok Asparagus

Pokok Asparagus atau nama saintifiknya Asparagus officinalis tergolong dalam famili Asparagaceae. Daunnya bersaiz kecil dan batangnya berumpun. Pucuk rebungnya boleh di tuai untuk dijadikan sayuran yang enak. Asparagus antara sayuran yang bernilai tinggi di pasaran kerana mempunyai khasiat kesihatan yang baik. Kebiasaannya, asparagus di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland dan Kundasang namun ia masih boleh juga ditanam di kawasan tanah rendah.

Pokok Asparagus perlukan cahaya yang banyak.  Jika anda ingin menanam sayuran ini pastikan kawasan rumah anda tidak redup dan mendapat cahaya yang mencukupi. Pokok Asparagus perlukan banyak air tetapi pastikan kawasan tersebut gembur dan tidak bertakung air. Penuaian pucuk rebung asparagus boleh dibuat setelah pokok mencapai usia lebih kurang 3 bulan.

Number of View :66

Sayur Asparagus

sayur-asparagus
Asparagus atau nama saintifiknya Asparagus officinalis merupakan sejenis pokok herba yang tumbuh menegak pada peringkat awal dan memanjat apabila tinggi; tumbuh berumpun dengan bahagian pangkal di dalam tanah dan menghasilkan banyak batang yang tumbuh menegak. Asparagus dipercayai berasal dari kawasan timur Mediteranean, dan tumbuh liar di benua Eropah. la telah lama digunakan sebagai sayur dan kini, ia ditanam di serata negara.

Menurut rujukan, pucuk asparagus digunakan bagi merawat artritis, degupan jantung tidak betul, mati pucuk, penghadaman tidak sempurna, reumatisme, dan susah buang air kecil. Pucuk dan pangkal batangnya juga boleh direbus buat sup lalu diminum untuk merawat kanser dan tumor. Di Malaysia, sayur asparagus kebiasaannya dimasak dengan cara menggoreng samada goreng belacan atau goreng sambal.Number of View :14980