Sambung Nyawa Batik

Sambung nyawa batik atau nama saintifiknya Gynura pseudochina tergolong dalam famili Asteraceae (Compositae) . Spesies ini sedikit berlainan dengan pokok sambung nyawa yang biasa iaitu mempunyai daun berwarna hijau (Gynura procumbens).

Pokok Sambung Nyawa Batik mudah dikenali kerana mempunyai corak tepi daun yang bersegi selain warna ungu yang menarik dan warna hijau pada urat daun. Pokok ini sesuai ditanam dalam pasu atau batas. Ia mudah dibiakkan dengan menggunakan keratan batang atau pucuk. Pokok ini tahan lasak jika dijaga dengan baik.

Kebiasaannya, daunnya boleh dimakan sebagai salad atau boleh juga dicampur dalam ramuan telur dadar. Daun sambung syawa batik juga dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kadar kolestrol dan kencing manis dan dapat mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung. Selain itu, ia juga dikatakan dapat merawat penyakit yang berkaitan bisa, luka bernanah, ubar untuk kayap dan dapat memberhentikan pendarahan.

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

>> https://t.me/tumbuhan

Number of View :309