Buah Salak

buah-salak

Buah Salak atau nama saintifiknya Salacca edulis (Reinw), adalah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Palmae. Rasanya beraroma masam, manis serta berbau wangi. Di Semenanjung ia banyak di tanam di Pahang dan Kelantan manakala di Sabah, tanaman salak terdapat di beberapa tempat terutamanya di Daerah Sandakan dan Tawau.
Satu tangkai daripada tandan buah salak boleh mencapai berat antara 1 hingga 1.5 kilo. Buah dituai dengan memotong tandan menggunakan sabit. Buah yang masak boleh disimpan selama 7 hari.

 

Number of View :20473