Sabut Petola

sabut-petola

Bila disebut sayur petola sudah tentu ramai yang terbayangkan buahnya yang bersegi dan berwarna hijau gelap. Namun, tidak semua yang mengenali sabut petola apatah lagi generasi muda sekarang. Sabut petola asalnya adalah dari buah yang dibiarkan sehingga tua dan menjadi kering.  Bila dibuang kulit luarnya maka kelihatanlah sabut yang berkerawang. Memang unik dan indah ciptaan Allah s.w.t.

Tahukah anda, sabut petola secara tradisinya di gunakan sebagai span pencuci pinggan, malah dipercayai kualitinya jauh lebih baik kerana ia tidak memerangkap minyak. Bukan itu sahaja, sabut petola juga boleh digunakan untuk gosok  daki di  kaki dan juga badan.

sabut-petola2

Jika di Semenanjung, sabut petola memang jarang dijumpai dijual. Hanya kedai-kedai tertentu sahaja yang masih menjual sabut petola ini khususnya pemilik kedai berbangsa Cina. Di Sarawak berbeza pula, sabut petola sememangnya banyak dijumpai dijual di pasar-pasar tamu mengikut harga yang ditetapkan berdasarkan saiz. Harga sabut petola boleh mencecah sehingga RM7 / pcs. Sejauh mana penggunaan sabut kelapa di sana, penulis sendiri tidak pasti.

Jika anda ada sesuatu untuk dikongsikan, saya amat alu-alukannya.

Number of View :10156