Rotan Manau

Sumber Gambar : Inventori Hutan Nasional , Jabatan Perhutanan

Rotan Manau atau nama saintifiknya Calamus manan tergolong dalam famili Arecaceae. Menurut rekod, terdapat lebih dari 380 spesies rotan (Calamus) di dunia. Rotan Manau merupakan salah satu jenis rotan yang popular di Malaysia dan Indonesia kerana kualitinya yang baik untuk dijadikan pelbagai produk. Lain-lain jenis rotan yang terdapat di hutan Malaysia adalah seperti rotan Rotan Sega (Calamus caesius), Rotan semambu (Calamus scipionum), dan Rotan Manau Tikus (Calamus tumidus).

Rotan Manau beruas panjang, tidak berongga, dan dilindungi oleh duri yang panjang, keras, dan tajam. Duri ini berfungsi sebagai alat pertahanan diri daripada binatang. Batangnya dapat mencapai ratusan meter dan mengeluarkan air jika ditebang. Pokok rotan Manau juga mengeluarkan buah rotan yang boleh dimakan.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :213

Buah Rotan Sarawak

buah-maram-buah-rotan

Pasar Tamu di Sarawak memang popular dengan jualan hasil-hasil hutan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Antara buah-buahan liar  tidak bermusim yang terkenal di Sarawak ialah buah Rotan atau nama saintifiknya  Calamus spp. Buah Rotan mempunyai pelbagai jenis bentuk dan variasi warna. Ada sesetengah orang yang terkeliru kerana kulit buah ini seakan-akan buah kelubi.

buah-maram-buah-rotan3

Diketahui, kebanyakkan buah rotan di Semenanjung mempunyai saiz buah yang lebih kecil berbanding dengan buah rotan di Sarawak di mana saiznya lebih besar. Spesis atau jenis pokok rotan tersebut membezakan ciri-ciri buah tersebut. Penulis sempat mencuba merasai buah rotan dari Sarawak yang didapati banyak dijual di Pasar Tamu Bintulu. Rasa isinya masam seakan buah kelubi berbanding buah rotan di sini, rasanya kelat dan sedikit manis.

buah-maram-buah-rotan2

Tahukah anda, menurut sumber terdapat 79 jenis rotan di Sabah, 106 di Sarawak dan 107 di Semenanjung. Antara rotan yang popular digunakan secara komersil ialah rotan Manau. Namun sayangnya, penulis masih belum berkesempatan untuk melihat pokok rotan dengan lensa mata yang sebenar. Jika anda ingin kongsikan sesuatu mengenai pokok rotan ini, bolehlah kongsikannya di sini.Number of View :20593