Hasil Rambutan Sepokok

Pada bulan Januari 2019 yang lalu, ladang buah rambutan di Jabatan Pertanian Serdang, Selangor juga mengeluarkan buah rambutan pelbagai jenis varieti. Kualiti sesetengah buah atau varieti rambutan tidaklah sebaik musim yang lalu kerana mungkin disebabkan masalah cuaca.

Bagi melihat potensi hasil buah rambutan sepokok, beberapa pokok yang baik telah dipilih untuk dicantas dan keseluruhan buahnya diambil dan direkodkan kuantiti berat penghasilan buahnya. Antara varieti yang sempat direkodkan adalah seperti varieti rambutan kuning, rambutan Deli Cheng (R170) dan beberapa lagi jenis varieti yang saya lupa namanya.

Deli Cheng (R170)

Berat sepokok yang telah direkodkan adalah di antara 65-95kg sepokok bagi pokok yang berusia di antara 15-20 tahun. Rambutan Deli Cheng merupakan antara varieti yang berkualiti dan mempunyai rasa yang enak setanding dengan rambutan anak sekolah.

Rambutan kuning pula mempunyai hasil yang tinggi sehingga mencecah 100kg sepokok. Namun, pada saya rasanya kurang sedikit memuaskan kerana kurang lekang.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :165

Rambutan Kuning

rambutan-kuning

Siapa yang tidak kenal dengan buah ini. Satu-satunya buah yang amat popular di Malaysia. Namun, kebanyakkan yang jual di pasaran adalah rambutan merah dan jarang sekali yang menjual rambutan kuning atau ada juga yang memanggilnya rambutan gading.  Mungkinkah isinya yang kurang lekang menyebabkan ia kurang diminati. Jadi, persoalannya di sini.. Adakah anda menggemari rambutan kuning? Diharap Anda boleh memberi komen anda di ruang komen di bawah ini.Number of View :9136