Pokok Kesumba – Bixa orellana

Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 20 kaki. Daunnya berwarna hijau dan berbentuk seperti jantung. Buahnya pula tersusun secara bergugusan dan bewarna merah serta berbulu lebat. Apabila matang ia bertukar kepada warna perang kehitaman dan merekah serta menampakkan biji biji bewarna merah.

Kegunaan

Sebagai pewarna dalam makanan, pakaian, kayu kayuan.

Kesan Keracunan

Tumbuhan ini boleh menyebabkan cirit birit dan keradangan pada kulit. Ujian keatas tikus mendapati ia meningkatkan paras glukos dalam darah

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :5294

Pokok Janda merana

janda-merana

Pokok Janda merana atau nama saintifiknya Salix babylonica juga dikenali dengan nama Dedalu Cina. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 30 kaki. Ia mempunyai batang berkayu berwarna perang- kelabu. Daun dan dahan tumbuhan ini kelihatan berjuntai atau melentur ke bawah. Pokok yang berasal dari China ini boleh dibiakkan melalui keratan batang. Pokok ini memang cantik sekiranya dijadikan tanaman hiasan dan bagi tujuan landskap.

janda-merana2

Keracunan

Bahagian Kulit di sebelah dalam batang pokok yang mengandungi Bahan Aktif: Salicin, Catechin, Tannin dipercayai beracun dan boleh menyebabkan Kesan Keracunan. Ia boleh menyebabkan keradangan pada kulit (dermatitis). Keracunan kronik pula dikaitkan dengan pemecahan sel darah merah dan kerosakan buah pinggang

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :40180