Pucuk Salang

pucuk-salang2
Pokok Salang atau nama saintifiknya Claoxylon longifolium boleh dikatakan popular di negeri sebelah utara khususnya di Perak. Sayur ini kebiasaanya di buat masak lemak dengan santan kelapa atau dibuat sayur manis. Ada juga menjadikannya sebagai ulam setelah mencelur terlebih dahulu.
pucuk-salang
Mengikut rujukan, pokok salang mampu mencapai ketinggian 3-5 meter dan daunnya boleh mencapai 15cm lebar dan 40cm panjang. Buahnya berbentuk kapsul, berpangsa tiga, berwarna hijau semasa muda dan bertukar perang apabila masak. Buah ini terbuka sendiri apabila masak.
pucuk-salang3
Pembiakan pokok salang dikatakan mudah dilakukan dengan semaian biji benih atau keratan batang. Penulis sempat membawa pulang biji benih untuk cuba dibiakkan. Buat masa ini masa ini masih belum menampakkan percambahan.
daun-salang
daun-salang2
Jika anda mempunyai sebarang cerita mengenai sayuran tradisional ini, bolehlah kongsikannya di sini.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :53947