Remayung Hijau

Remayung Hijau atau nama saintifiknya Basella alba L. tergolong dalam famili Basellaceae. Terdapat 2 jenis remayung yang dikenali ramai iaitu remayung hijau dan merah. Saya menanam kedua-dua jenis ini di dalam pasu beberapa bulan yang lalu. Pokok Remayung hijau sangat mudah ditanam dan pertumbuhannya sangat cepat sekali jika dibandingkan dengan ramayung merah. Pokok yang tumbuh menjalar ini jika dibiarkan tanpa sokongan, boleh menyebabkan laman rumah anda ditutupi dengan pokok ini.

Walaupun saya menanamnya, saya tidak pernah sekali  mencuba merasai sayur remayung ini. Sayur remayung boleh digoreng bersama ikan bilis seperti memasak sayur kangkung. Menurut rujukan, daun remayung hijau yang masih segar kaya dengan beberapa jenis antioksidan. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C , vitamin B-kompleks dan dan kandungan serat yang tinggi.

Pokok Remayung mengeluarkan bunga putih dan menghasilkan buah seakan beri hitam. Ia boleh dibiakkan dengan biji benih dan juga keratan batang. Pokok remayung boleh dituai selepas 1-2 bulan selepas di tanam.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :2568