Buah Ciplukan

buah-ciplukan

Buah Ciplukan atau nama saintifiknya Physalis angulata mungkin sangat asing di kalangan masyarakat di Malaysia. Penulis sendiri sudah beberapa kali menemui tumbuhan ini dan juga sering terkeliru dengan pokok letup-letup (Passiflora Foetida).

Namun, sesetengah orang juga mengenali pokok ini dengan panggilan letup-letup disebabkan buahnya yang boleh meletup apabila dipicit, sama seperti pokok letup-letup.
buah-ciplukan1
Di Indonesia, pokok ciplukan yang banyak tumbuh liar  ini sebenarnya sudah mula diberi tumpuan kerana diketahui mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Banyak kajian yang telah dijalankan di Fakulti Teknologi Pertanian di Indonesia sehingga terhasil beberapa produk dari tumbuhan ini.

Antara penyakit yang dipercayai dapat dirawat ialah seperti kencing manis, darah tinggi dan menurunkan kadar gula darah pada pesakit diabetes.

Number of View :19315

Pokok Letup Letup

letup-letup
Pokok letup-letup atau nama saintifiknya Passiflora foetida adalah sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh secara liar dan banyak di temui di kawasan ladang kelapa sawit, dan tanah terbiar. Di negara luar pokok ini lebih dikenali dengan nama Stinking Passionflower.  Ini kerana tumbuhan ini dikatakan mengeluarkan bau yang kurang enak apabila diramas. Wakau bagaimanapun, pokok ini mempunyai bunga yang unik dan buahnya juga boleh dimakan apabila sudah masak. Sesetengah orang juga menggunakan pucuk pokok ini untuk dijadikan ulam.

letup-letup2
Tumbuhan ini juga dikatakan mempunyai khasiatnya tersendiri dalam menyembuhkan sesuatu penyakit. Ia dipercayai dapat  merawat gatal-gatal kulit dan luka. Bagi merawat gatal-gatal kulit,  ambil seluruh pokoknya, termasuk dengan akar nya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu. Kemudian rebuskannya sehingga ia menididh. Setelah air suam, airnya diambil untuk digunakan sebagai air basuhan.

Dalam merawat luka, caranya adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan. Daun yang telah dilumatkan itu, dipupuk pada bahagian yang luka tersebut.

p/s: Jika anda biasa makan buah letup-letup, boleh kongsikan cerita anda di sini..

Number of View :17945

Keistimewaan air rebusan pokok letup-letup

Jika anda berada di kawasan kampung atau di ladang getah atau kelapa sawit, anda mungkin akan bertemu dengan sejenis tumbuhan yang tumbuh secara liar. Habitat Pokok letup-letup ini sememang mudah hidup di kawasan-kawasan tanah terbiar,

Sudut Perubatan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed. Walaupun habitatnya dikawasan terbiar, tetapi ia mempunyai khasiat baik pada sudut perubatan herba. Berdasarkan kepada pengamal-pengamal perubatan tradisional yang ditemui, ia sesuai merawat gatal-gatal kulit, luka dan batuk.

Tidak bermakna kalau habitat sesuatu tumbuhan itu tumbuh di kawasan terbiar, maka ia dianggap sebagai tumbuhan tidak berguna. Begitulah juga dengan pokok letup-letup ini. Ia mempunyai khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan.

Menurut Dr.Zamzam, bagi merawat gatal-gatal kulit, jelas beliau, adalah mujarab dengan mengambil beberapa batang pokok letup-letup. Ambil keseluruhan pokoknya termasuk akarnya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu. Kemudian rebuskannya sehingga mendidih. Kemudian tunggulah ia sehingga suam sedikit sebelum mengambil airnya sahaja untuk digunakan sebagai air basuhan.

“Dalam merawat luka, ujar Dr.Zamzam lagi, adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan. Daun yang telah dilumatkan itu dipupuk dibahagian yang luka tersebut”, tambahnya.

Bagi merawat batuk pula, caranya adalah dengan merebuskan beberapa batang pokok letup-letup tersebut. Air rebusan seluruh pokok tersebut hendaklah diminum airnya setelah ia suam.

Number of View :9469