Pisang Kipas

pisang-kipas2

Pokok Pisang Kipas atau nama saintifiknya Revenala madagascariensis juga lebih dikenali dengan nama  Traveller’s Palm. Pokok palma ini merupakan sejenis pokok yang berasal daripada Madagascar dan boleh mencapai ketinggian sehingga 8 meter. Dari rupabentuknya sahaja sudah dilihat seakan seperti pokok pisang. Namun yang membezakannya ialah daunnya besar dan tersusun seperti kipas.

pisang-kipas3

Daripada buku rujukan, pokok ini dikatakan mengeluarkan bunga tetapi jarang berbunga di kawasan bertanah rendah. Jambak bunga terbit pada ketiak daun dan berbentuk seperti sampan dan berwarna merah keputihan. Sebelum ini, saya pernah mendengar orang bercerita mengenai pokok ini pernah mengeluarkan bunga di Malaysia namun sehingga kini saya masih belum pernah melihatnya.

pisang-kipas1

Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman hiasan di perkarangan bangunan dan taman kerana rekabentuk pokok ini yang unik dan menarik sekiranya diberi penjagaan yang baik.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :19391