Petola Pulut

petola-pulut

Bila sebut petola segi memang biasa kita jumpa dijual pasar. Namun, bila di tanya tentang petola pulut, tidak ramai yang tahu atau biasa melihatnya. Warna kulit petola pulut jauh lebih cerah berbanding petola segi. Pertama kali saya jumpa petola pulut ini, adalah semasa berkunjung ke Pekan Sehari Temerloh beberapa minggu yang lalu.

petola-pulut2

Sayang sekali, tidak saya membelinya atau sempat bertanya akan kegunaannya. Adakah rasanya sama seperti petola segi yang kita makan? Jika anda biasa makan petola pulut ini atau ada menanamnya, silalah kongsikannya di sini ya.

Number of View :2274