Peria Katak

peria

Tahukah anda bahawa Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia merupakan salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Pakar perubatan China telah menggunakannya untuk merawat asma dan haid yang terlewat. Di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia, HIV dan AIDS walaupun setakat kini belum ada kajian saintifik sepenuhya dijalankan bagi menguji keberkesanannya dalam menangani penyakit-penyakit tersebut. Di samping itu, peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Selain itu, peria juga berguna untuk merawat penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan HIV seperti artritis dan opportunistic infections, misalnya herpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit. Terdapat pula sejenis protein yang terdapat di dalam peria, iaitu MAP-30 yang dapat mengawal merebaknya penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, menghalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke sel yang lain.

Kepada yang ingin menurunkan tekanan darah tinggi ataupun stress dengan kesibukan kerja, saya ada mendapat satu petua yang mungkin berguna kepada sesiapa sahaja. Caranya mudah sahaja : Ambil sebiji peria katak dan batang saderi. Kemudian dikisarkan bersama dan di minum jus tersebut sekurang-kurangnya sekali seminggu..

Number of View :18542