Khasiat Biji Aprikot

khasiat biji aprikot

Baru-baru ini penulis telah diperkenalkan dengan satu produk dari buah aprikot yang sangat baik dalam merawat penyakit dan menjaga kesihatan. Tidak sangka, buah ini sangat kaya dengan khasiat Vitamin B17. Daripada pelbagai sumber rujukan, Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat terutama kandungan Vitamin B17. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan untuk pelbagai tujuan khususnya perubatan.  

 Vitamin B17 boleh didapati pada 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan namun Pakar perubatan mengakui biji aprikot mengandungi Vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain serta mampu meningkatkan kesihatan sekaligus membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kronik metabolik.

khasiat biji aprikot2

Nutrien lain yang terdapat dalam biji aprikot termasuklah asid oleik dan asid linoleik yang telah terbukti berkesan membantu mengawal paras kolestrol dalam darah dan seterusnya membantu mengurangkan risiko masalah jantung dan salur darah tersumbat (artheroclerosis). Ia juga bersifat anti-diabetik (mengawal paras gula dalam darah) dan anti-keradangan (membantu mengawal masalah sinus, asma dan eczema atau keradangan kulit) serta berupaya merangsang perembesen hormon insulin. Kandungan thiamin, riboflavin, niacin, vitamin C, Vitamin E dan beberapa mineral semulajadi lain dalam biji aprikot juga menjadikannya amat sesuai untuk dijadikan sebagai nutrien tambahan bagi meningkatkan sistem imunisasi dan ketahanan tubuh badan tanpa memberikan kesan sampingan lain.

Apricot_Seeds

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa berkata, “Aprikot kaya dengan Vitamin B17 yang dapat membantu merencat perkembangan sel abnormal dan sekaligus mengekalkan perkembangan sel sihat di tubuh badan.”

Keberkesanan Vitamin B17 dalam membantu mencegah dan merawat kanser telah diperakui dan telah mendapat testimoni yang menakjubkan oleh pesakit kanser bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

 

Number of View :9133