Paku Rawan

paku-rawan

Artikel mengenai paku rawan ini pernah saya tuliskan pada April 2010 lalu. Masa itu, saya mengenali paku rawan di pasar tani di Kg. Gajah, Perak. Macam-macam komen dan respon dari pembaca Blog ini mengenai tumbuhan yang hidup liar di kawasan berair terutama di tepi parit dan di sawah padi. Tumbuhan ini rupa-rupanya mempunyai pelbagai nama panggilan mengikut negeri. Nama lain bagi sayur tradisional ialah keladi merawan, keladi bunga keloyok, centongan (bahasa jawa),  keladi sesenduk (daunnya menyerupai senduk), selimpat, kemelin, kelayau, genjer, keladi itik, lagung, samsir dan pelbagai lagi.

keladi-rawan

Sebenarnya saya memang biasa jumpa tumbuhan ini, cuma tidak tahu rupa-rupanya sayur tradisional ini boleh dijadikan Ulam dan pelbagai jenis masakan. Sayuran tradisional ini bukan sahaja didapati digunakan oleh masyarakat di Semenanung tetapi  juga di Sabah Sarawak. Selain dijadikan ulam, antara cara-cara lain penggunaaan paku rawan ini ialah dicelur dan dijadikan sebagai sebahagian daripada sayuran pecal, masak tumis kering, gulai lemak, dijadikan bahan dalam sayur kerabu dan beberapa jenis masakan lain. Menurut beberapa pendapat menyatakan sayur ini tidak elok dimakan terlalu banyak kerana akan menyebabkan sakit kepala, sakit urat dan lenguh-lenguh badan.

Jika anda biasa makan paku rawan ini, diharap dapat dikongsikan bersama.

Number of View :17494