Paku Uban

paku-uban5

Bila di sebut paku pakis atau paku Midin mungkin ramai yang sudah mengenalinya. Namun, tidak ramai yang mengenali paku uban kerana ia lebih popular di kalangan masyarakat di Sarawak. Penulis tidak pasti samada paku uban ada terdapat di negeri-negeri di Semenanjung. Keluarga tumbuhan spesis paku ini memang banyak sekali. Tidak banyak yang diketahui boleh dimakan. Jenis paku yang diketahui ialah seperti paku larat, paku merah , paku papan,paku gajah , paku sika dan pelbagai jenis lagi.

paku-uban3

Paku Uban kebiasaannya direbus dan dicicah dengan sambal balacan selain dibuat ulam. Selain itu, ia juga boleh dimasak sayur tumis. Ingin tahu cara nak masak paku uban tumis kering boleh kunjungi Blog ini >> nor-asmah.blogspot.com

paku-uban2

Tidak banyak diketahui tentang paku uban ini. Mungkin anda yang pernah makan paku uban atau mengetahui sesuatu tentang tumbuhan ini, bolehlah kongsikannya di sini.

paku-uban

p/s: Terasa ingin pergi lagi ke Pasar Satok.. bila pula agaknya?

Number of View :20246

Paku Midin

paku-midin

Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.
Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.

Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempu-nyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan.
Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.
Di Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi
Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi.

paku-midin2
Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :25431