Pulut Hitam

padi-pulut-hitam

Artikel kali ini bukanlah mengenai pulut kuning tetapi mengenai pulut hitam (Black Glutinous Rice) yang kebiasaanya dibuat bubur hitam atau  kuih koci. Mungkin anda biasa melihat beras pulut hitam tetapi biasakah anda melihat pokok padi pulut hitam? Memang jarang sekali dapat melihat pokok ini ditanam. Saya bernasib baik kerana dapat melihat kawasan penanaman padi pulut hitam di kawasan Bukit Rambai, Melaka.

pulut-hitam
Kebiasaanya, penanaman padi Pulut Hitam merupakan satu aktiviti sampingan iaitu ditanam secara bergilir-gilir dengan tanaman padi biasa. Pokok padi pulut hitam dikatakan matang lebih awal berbanding dari padi biasa.

Number of View :10155