Malaysian Palm Oil Council (MPOC) @ MAHA 2010

mpoc

Malaysian Palm Oil Council (MPOC) merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam mempromosikan minyak sawit Malaysia di serata dunia. Selain itu, MPOC juga memberi pendedahan akan kebaikan menggunakan minyak sawit kepada pengguna di Malaysia.

minyak-sawit

Antara produk-produk minyak sawit dan minyak campuran sawit yang dipamerkan di pameran MAHA 2010.  Yang menariknya, minyak sawit tidak mengandungi kolesterol.

minyak-sawit2

Antara kelebihan dan kebaikan minyak sawit ialah ia merupakan produk makanan tanpa lemak trans yang berupaya mencegah penyakit jantung. Vitamin E yang terkandung dalam minyak sawit berupaya melindungi tubuh badan daripada penuaan sel dan mencegah kanser.

minyak-sawit3

Antara pecahan-pecahan minyak sawit ialah seperti Crude Palm Kernel Oil ( CPKO ),  Crude Palm Oil ( CPKO ), RBD Palm Olein,  RBD Palm Stearin dan banyak lagi. Setiap pecahan ini mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza.

minyak-sawit4

Keterangan lanjut mengenai MPOC boleh mengunjungi laman web>> http://www.mpoc.org.my/

Number of View :7660