Meranti Gajah

meranti2-gajah

Meranti merupakan sejenis sayuran tradisional yang semakin sukar ditemui mungkin kerana generasi muda lebih mengemari sayuran seperti kangkung, sawi dan sebagainya. Ada yang memanggilnya sayur ranti, daun meranti dan ada yang menyebutnya terung meranti. Mengikut seorang guru yang saya temui, pokok meranti ada 2 jenis; iaitu pokok meranti gajah dan pokok meranti biasa. Pokok Meranti Gajah adalah seperti gambar di bawah. Cara mengenalinya; buah meranti gajah lebih besar dari meranti yang biasa.

meranti-gajah

Menurut rujukan, keseluruhan pokok ini beracun tetapi apa yang saya ketahui sayur meranti ini memang sedap dibuat masak lemak cili api. Dari segi perubatan, buahnya boleh dimakan untuk meningkatkan selera makan dan merawat tekanan darah tinggi dan bengkak hati.  Mungkin anda di luar sana, biasa makan sayur ini atau ada menanamnya di rumah. Di harap anda boleh berkongsikan sesuatu di sini.

Number of View :33423