Buah Asam Kumbang

asam-kumbang

Buah Asam Kumbang atau nama saintifiknya Mangifera quadrifida merupakan buah yang sangat sukar ditemui. Dipercayai asal usul buah ini adalah berasal dari negara kita Malaysia, Brunei dan Indonesia. Sepanjang pengetahuan penulis, buah ini pernah ditemui ditanam di Kedah, Perak dan Johor. Namun, ia juga dikatakan terdapat di Pahang dan Kelantan. Di Sabah dan Sarawak juga masih dapat ditemui buah ini. Gambar di atas diambil  semasa sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) 2015 di Kuching, Sarawak

Penulis hanya pernah mencuba merasai buah ini hanya sekali beberapa tahun dahulu. Jika hendak dibandingkan dengan buah bacang, rasa buah asam kumbang lebih masam lagi. Kulit buah berwarna merah keunguan apabila telah matang atau masak. Kebiasaanya, ia dijadikan ramuan di dalam sambal belacan atau juga boleh dibuat jeruk.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai buah asam kumbang ini, silalah kongsikannya di sini ya..

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :24663