Pokok Serdang Cina

Pokok Serdang Cina atau nama saintifiknya Livistona chinensis  merupakan  tumbuhan palma yang berasal dari famili Arecaceae (Palmae).  Tumbuhan yang dikatakan berasal dari China dan Selatan Jepun ini juga dikenali dengan panggilan Chinese fan palm or fountain palm.  Pokok serdang cina berbatang lurus, tegak dan daunnya berbentuk seperti kipas; mampu mencapai ketinggian sehingga 10 meter.

Pokok serdang cina biasanya ditanam sebagai pokok hiasan landskap dan banyak ditemui ditanam di sekitar kawasan Putrajaya khususnya di Taman Botani Putrajaya.  Kaedah pembiakan Pokok Serdang Cina ini adalah menggunakan biji yang disemai.  Kebiasaannya, biji ini mengambil masa yang lama untuk bercambah.

Menurut buku “Tanaman hiasan : khasiat makanan & ubatan” oleh Hean Chooi Ong. Biji buah pokok ini boleh direbus bersama daging selama 1 hingga 2 jam dan sup ini boleh diminum setiap hari untuk merawat kanser hidung, kerongkong dan tenggorok.  Air rebusan daunnya pula boleh diminum untuk tujuan merawat pendarahan rahim dan sukar melahirkan anak. 

 

Number of View :585