Limau Pagar

limau-pagar3

Saiznya yang besar membuatkan anda terasa ingin tahu siapakah gerangan limau ini. Atau dengan lebih tepat lagi limau apakah ini? Ia tidak seperti limau nipis atau limau purut yang bersaiz kecil. Menurut penjual limau di pasar borong Teluk Intan ( seorang makcik yang dah berusia lingkungan 50-an ), limau ini digelar dengan panggilan limau pagar. Dalam hati saya ketika itu, saiz limau pagar adalah lebih kurang saiz limau kasturi sahaja (mengikut buku rujukan). Limau tersebut pun masih ada di kampung saya. Limau pagar yang besar ini mungkin panggilan tempatan di kawasan tertentu agaknya.

limau-pagar

Saya sempat bertanya la sedikit sebanyak. Menurutnya, buah tersebut diambil dari saudaranya. Kira tolong jual la. Pokoknya cuma ada sebatang sahaja dan mengeluarkan buah yang  banyak ( tak tahu la banyak mana ). Kebiasaannya, limau pagar diperah airnya untuk dijadikan jus dan kulitnya juga  ada kegunaannya. Malangnya saya sendiri dah terlupa akan kegunaannya (banyak makan semut agaknya). Selepas sempat menemuramah makcik tersebut saya pun mendapatkan buah limau tersebut dengan harga RM3/biji (saiz besar) untuk dibawa pulang bagi melakukan uji rasa. Ternyata, jusnya masam sekali dan perlu dicampur gula untuk menikmatinya.

limau-pagar2

Selain menjual limau pagar makcik tersebut ada juga menjual limau telur buaya (gambar dibawah). Walaupun masih hijau, ia juga akan bertukar warna kuning apabila disimpan 3-4 hari.Rasanya lebih masam berbanding limau pagar dan jusnya juga tidak berapa banyak. Selain itu, biji limau telur buaya boleh dikatakan tiada berbanding dengan limau pagar yang mempunyai banyak biji.

limau-telur-buaya

Saya sempat menyemai benih limau pagar tersebut dan hasilnya anda boleh lihat dibawah. Seingat saya pokok yang baru cambah ini berusia 2 minggu selepas disemai. Selepas membaca artikel ini saya percaya, ada yang mengirimkan Email bertanyakan “Di mana saya boleh dapatkan benih limau ini?.

limau-pagar-benih

Sekiranya anda mempunyai info mengenai limau pagar, diharap bolehlah berkongsi dengan kami..

Number of View :44578