Herba Emas Negara

Hari ini saya hendak kongsikan salah sebuah Buku yang terdapat dalam koleksi simpanan saya. Buku bertajuk “Herba Emas Negara” yang diterbitkan oleh Frim pada tahun 2016 ini adalah satu usaha bagi memartabatkan khazanah warisan amalan perubatan Melayu. Buku ini dilengkapi dengan pelbagai khasiat dan amalan pengubatan beserta dapatan saintifik yang berkaitan dengan 18 spesies herba yang kini merupakan fokus penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan. Antaranya ialah Mengkudu, Dukung anak, Halia, Senduduk, Pegaga, Tongkat ali, Hempedu bumi, Kacip fatimah, Misai kucing, Gelenggang, Lempoyang, Belalai gajah, Kaduk, Mas cotek, Sambung nyawa, Peria dan Ramunggai.

Menurut Penulis Buku ini, kesemua herba ini telah dimanfaatkan untuk pelbagai rawatan oleh pengamal perubatan Melayu. Kaedah penyediaan setiap satunya diperihalkan bagi mendokumenkan penggunaannya dalam amalan perubatan/perawatan tradisi masyarakat Melayu. Penggunaan spesies yang sama dalam kalangan masyarakat bukan Melayu turut disenaraikan bagi maksud perbandingan.
Penelitian data dari penyelidikan saintifik terhadap 18 spesies terpilih ini didapati menyokong sebahagian potensi terapeutik sekaligus menjelaskan rasional penggunaannya dalam sesetengah pengubatan tradisi. Namun kajian pengesahan lanjutan dan kajian klinikal yang lebih terperinci amat
perlu sebelum mana-mana spesis dapat diperakukan penggunaannya untuk apa jua perawatan yang spesifik.

Semoga maklumat yang dikongsi menerusi buku Herba Emas Negara ini boleh dimanfaatkan ke arah memartabatkan pengetahuan tradisi Melayu, menyantuni penggiat industri herba tempatan seterusnya memperkasa industri herba negara.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :480

Lempoyang

lempoyang

Tentu anda biasa mengenali pokok lempoyang ini.  Tahukah anda kegunaan lempoyang ini?  Rizom lempoyang yang masih muda ditumbuk lalu dimasukkan sedikit dalam masakan dan dikatakan rasanya pedas dan pahit sedikit. Rasa pedas ini dapat membuka selera. Air rizom yang ditumbuk juga dikatakan digunakan sebagai tonik dan sebagai ubat sakit perut serta dapat mengurangkan kolesterol. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ubat tradisional dan persediaan jamu bagi ibu bersalin semasa dalam pantang.

lempoyang2

Jika anda mengetahui kegunaan lain selain di atas, di harap bolehlah kongsikannya di sini..

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhanNumber of View :21726