Laman Sayur @ MAHA 2010

sayur

Pada yang telah berkunjung ke MAHA 2010, sudah tentu tidak akan melepaskan peluang melawat Laman Sayur dan Laman Ramuan yang diusahakan oleh Mardi.

sayur

Laman Sayur menjadi satu tarikan yang pasti membuatkan anda rasa  teruna teruja apabila melihat sayur-sayur yang berbuah bergantungan di laluan pergola.

sayur

Bagi yang berkunjung ke sini sudah tentu tidak akan melepaskan peluang merakamkan gambar kenang-kenangan. Yang tidak bestnya.. ada juga tangan yang gatal menulis nama di atas buah tersebut.

sayur

Apa pendapat anda apabila melihat sayur-sayur berbuah ini? Mesti terasa geram kan !!  Dalam hati anda sudah tentu ingin memiliki laman seperti ini di rumah.

sayur

Daripada pemerhatian, pokok-pokok ini menggunakan larutan baja yang disiram menggunakan kaedah fertigasi. Sebab itulah,  hasil yang dikeluarkan amat baik dan berkualiti. Lihat sahajalah saiz  labu air dan ketola ular ini.

sayur

Apa pula komen anda ? Oh ye.. biasakah anda makan sayur labu air dan ketolar ini? Saya sendiri belum pernah mencubanya lagi.

Number of View :20987