Labu Manis

labumanis

Labu manis dikenali juga dengan nama labu lemak. Ia berasal dari Amerika Tengah. Selain dibuat sayur, labu manis juga boleh digunakan untuk membuat kuih seperti jemput-jemput, bengkang, serawa dan pai.
Menurut pensyarah di Jabatan Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Noor Aziah Abdul Aziz,tepung yang diperbuat daripada labu manis didapati mengadungi kanji rentang yang dapat menghasilkan asid propionik. Asid propionik dapat mengubah pengoksidan dan memeram bakteria dalam usus besar dan ini akan melemahkan sel-sel barah.
labumanis2
Selain kandungan serat kanji rentang yang boleh melemahkan sel barah labu manis juga mengandungi serat yang tinggi, pewarna semulajadi yang baik untuk dijadikan roti atau mi serta mengandungi vitamin A, anti oksigen dan mineral yang baik untuk kesihatan.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :10254