Bunga Durian Belanda

bunga-durian-belanda2

Buah Durian Belanda memang sudah ramai mengenalinya dan ia terkenal dengan jusnya yang enak selain khasiatnya yang tersendiri. Artikel kali adalah mengenai bunga durian belanda yang jarang orang mengenalinya dengan lebih dekat. Kebiasaannya durian belanda berbunga di sepanjang tahun.

bunga-durian-belanda

Bunga durian belanda berbentuk segitiga dan bertangkai pendek,  mempunyai tiga kelopak berwarna hijau dan berubah menjadi kekuningan apabila mekar. Bunganya bersifat hermaprodit dan mengeluarkan bau yang sederhana kuat, seakan bau isi buah durian belanda.

bunga-durian-belanda3

Bunga durian belanda terdapat dalam beberapa lapis yang dikelilingi oleh beberapa ovari. Filamennya pula pendek dan mempunyai cepu debunga yang banyak. Ia mengeluarkan debunga yang berwarna kuning, lekit dan bergetah.

Number of View :12319

Khasiat Durian Belanda

durian-belanda

Ramai yang tidak tahu bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat khususnya dalam perubatan tradisional dan moden. Ada kajian menyatakan ia mempunyai kekuatan sehingga 10,000 kali ganda berbanding rawatan kanser kemotherapi. Itulah kehebatan durian belanda. Berat buahnya dalam lingkungan 1–3 kg yang terdiri dari 68% isi yang boleh dimakan.

Isinya berwarna putih dan mempunyai rasa masam manis. Aromanya memang sedap sekali dengan teksturnya seperti kapas. Selain dimakan segar, durian belanda boleh diproses menjadi puri, jus, manisan buah-buahan, jeli, ais krim, yogurt dan sebagainya. Kini, kajian mengenai durian belanda terhadap penyembuhan kanser semakin dipandang tinggi oleh pelbagai pihak dan negara.

Mereka yakin bahawa kandungan kimia di dalam durian belanda mampu menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo. Ia juga mampu melindungi sistem kekebalan tubuh pesakit akan merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses penyembuhan. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut silalah buat carian di internet dari dalam dan luar negara. Memang tak terbaca!!

Number of View :14123