Bawang Putih untuk Sakit Saraf

Bawang Putih telah diketahui mempunyai pelbagai khasiat perubatan. Bawang Putih segar yang dicampurkan dengan madu dikatakan dapat membantu menyembuhkan selesema. la juga dapat membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan kepada tubuh badan di samping membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi. Bawang putih juga boleh dijadikan penawar bagi penyakit sakit saraf, sakit sendi, kutil dan penyakit kulit lain.

Bawang putih juga dikatakan mampu memberi kesan terapeutik. Sulfur yang terdapat pada minyak bawang putih boleh membantu menjadi pembasmi atau pembunuh kuman dalam badan. Jika bawang putih dijadikan makanan, ia akan diserap ke dalam aliran darah kemudiannya tersebar melalui pelbagai organ seperti bahagian kulit, usus, paru-paru dan sistem perkumuhan air kencing. Semua organ-organ tersebut mendapat manfaat penyembuhan daripada khasiat bawang putih.

Sumber : Majalah Rapi, Mac 2011

Number of View :2241

Khasiat Bawang Putih

khasiat-bawang-putih

Bawang putih atau nama saintifiknya “Allium Sativum” sememangnya terkenal dalam dunia perubatan kerana mengandungi pelbagai khasiat. Dalam bahasa Inggeris bawang putih disebut “garlic“. Mengikut rujukan daripada encyclopedia nama “garlic” itu berasal daripada perkataan Anglosaxon “gar-leac” bermaksud pokok lembing. Nama ini sesuai dengan bentuk daun bawang  ‘garlic’ yang panjangnya sehingga 15 sentimeter (6 inci).
Daun bawang putih ini tumbuh daripada ubi atau cloves. 7 hingga 8 clove terkumpul menjadi satu ‘bulb’ yang diselaputi oleh kulit yang nipis seolah-olah macam kertas.

Pada hari ini bawang putih dijual di merata-rata kedai dan farmasi dalam bentuk kapsul. Kajian sains telah menunjukkan bahawa bawang putih mempunyai dua fungsi penting. Pertama, sebagai makanan dan kedua sebagai penawar dan penahan penyakit-penyakit khususnya penyakit jantung dan penyakit jangkitan bakteria, virus mahu pun kulat.

Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bawang putih berkemampuan melawan lebih banyak jenis bakteria; virus dan kulat daripada antibiotik sungguhpun tindakannya tidak sekuat antibiotik. Bawang putih boleh dimakan dalam bentuk kapsul untuk jangkitan mulut, kerongkong, batuk, selesema, bronchitis, cirit-birit, jangkitan kulit dan jangkitan air kencing. Bagi mendapat manfaat yang terbaik, bawang putih mestilah dimakan sebagai salah satu daripada tindakan yang bersepadu; penjagaan kesihatan diri seperti latihan jasmani serta pemakanan yang seimbang.

Apakah yang ada di dalam bawang putih hingga membolehkan ia menjadi penawar yang begitu mujarab? Ahli sains telah dapat mengesan bahawa bawang putih mengandungi sulfur sejenis kimia dalam bentuk yang natural yang boleh melawan bakteria, kulat dan virus.
Bawang putih juga mengandungi sejenis bahan yang diberi nama “Allicin”. Allicin inilah yang memberi bau pada bawang putih yang tentu sekali semua telah mengenalinya. Bau ini hanya keluar apabila bawang putih dipecah atau ditumbuk. Allicin juga yang mengeluarkan bau bawang putih kerana Allicin akan menjadi beberapa campuran yang bercampur dengan sulfur menjadi sulphide.

Oleh itu, elok sekali kita mengamalkan makan bawang putih sebagai ulam atau digunakan untuk memasak sayur. Kadangkala ada juga sesetengah orang yang membakar bawang putih dan memakannya seperti makanan-makanan lain. Penulis sendiri suka melebihkan penggunaan bawang putih dalam masakan terutama dalam masakan sayur-sayuran.

Number of View :6740