Khasiat Cordyceps

khasiat-cordyceps

Baru-baru ini penulis sempat ke tanah tinggi Cameron Highlands menghirup udara nyaman di sana. Seperti biasa, tidak sah jika pergi ke sana kalau tidak membawa balik sayur-sayuran yang segar dari ladang. Antara banyak-banyak hasil pertanian, penulisan teruja melihat benda yang seakan ulat tetapi bila mendekatinya ia adalah sejenis herba yang panggil Cordyceps. Sebelum ini, penulis pernah mendengar nama ini kerana ada membeli produk kopi segera yang dicampur dengan ekstrak ini. Namun, ini pertama kali melihat rupa sebenar herba ini.

khasiat-cordyceps2

Apakah sebenarnya khasiat di sebalik herba ini? Daripada rujukan herba ini banyak ditemui di sekitar Gunung Szechuan dan Qinghai, China serta daerah lain di atas paras 11,000 kaki. Herba ini adalah sejenis kulat dan bertukar menjadi sejenis rumput pada musim panas. Cordyceps dipercayai dapat meningkatkan daya ketahanan, selera makan,  penyakit kurang tidur , radang paru-paru, batuk kering, hidung sensitif dan sakit belakang.

khasiat-cordyceps22

Daripada maklumat rakan-rakan, Cordyceps di Cameron Highlands bukanlah yang asli. Ini kerana herba asli yang sebenar cuma boleh didapati setahun sekali dan tidak boleh ditanam kerana ia tumbuh secara semulajadi. Jadi, sebab itulah harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Kebiasaannya, herba ini dicampur dalam ramuan sup dan juga boleh dijadikan sebagai jus minuman.

khasiat-cordyceps222

Jika anda pernah makan herba ini, bolehlah kongsikannya di sini… apa rasanya?

Number of View :9132