Kayu Nibong

kayu-nibung2

Ada sesiapa belum pernah melihat pokok nibong. Jika anda pernah membaca novel terkenal bertajuk ” Ranjau Sepanjang Jalan” yang ditulis oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, sudah tentu akan terbaca mengenai kisah bagaimana begitu seksa terkena tusukan duri pokok nibong. Pokok Nibong merupakan sejenis pokok yang sememangnya dikenali sebagai pokok yang mempunyai banyak duri di keseluruhan batangnya.

kayu-nibung

Sejak dahulu lagi saya mendengar, kayu/teras pokok nibong mempunyai khasiatnya yang tersendiri dalam alam mistik. Jika dahulu, barang seperti ini banyak dijual di kaki-kaki lima tetapi sekarang sudah ada dijual secara online (seperti gambar di atas). Dipercayai khasiat kayu nibong ini dapat menjadi pendinding dari bahaya dan makhluk halus. Sebenarnya, bukan kayu nibong sahaja, malah ada beberapa jenis kayu lagi yang digunakan dalam amalan seperti ini.

Mungkin anda mempunyai pendapat anda sendiri mengenai perkara ini… atau anda sendiri ada mengamalkannya mengikut amalan turun menurun. Di harap boleh kongsikannya disini.

Number of View :60286