Herba Emas Negara

Hari ini saya hendak kongsikan salah sebuah Buku yang terdapat dalam koleksi simpanan saya. Buku bertajuk “Herba Emas Negara” yang diterbitkan oleh Frim pada tahun 2016 ini adalah satu usaha bagi memartabatkan khazanah warisan amalan perubatan Melayu. Buku ini dilengkapi dengan pelbagai khasiat dan amalan pengubatan beserta dapatan saintifik yang berkaitan dengan 18 spesies herba yang kini merupakan fokus penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan. Antaranya ialah Mengkudu, Dukung anak, Halia, Senduduk, Pegaga, Tongkat ali, Hempedu bumi, Kacip fatimah, Misai kucing, Gelenggang, Lempoyang, Belalai gajah, Kaduk, Mas cotek, Sambung nyawa, Peria dan Ramunggai.

Menurut Penulis Buku ini, kesemua herba ini telah dimanfaatkan untuk pelbagai rawatan oleh pengamal perubatan Melayu. Kaedah penyediaan setiap satunya diperihalkan bagi mendokumenkan penggunaannya dalam amalan perubatan/perawatan tradisi masyarakat Melayu. Penggunaan spesies yang sama dalam kalangan masyarakat bukan Melayu turut disenaraikan bagi maksud perbandingan.
Penelitian data dari penyelidikan saintifik terhadap 18 spesies terpilih ini didapati menyokong sebahagian potensi terapeutik sekaligus menjelaskan rasional penggunaannya dalam sesetengah pengubatan tradisi. Namun kajian pengesahan lanjutan dan kajian klinikal yang lebih terperinci amat
perlu sebelum mana-mana spesis dapat diperakukan penggunaannya untuk apa jua perawatan yang spesifik.

Semoga maklumat yang dikongsi menerusi buku Herba Emas Negara ini boleh dimanfaatkan ke arah memartabatkan pengetahuan tradisi Melayu, menyantuni penggiat industri herba tempatan seterusnya memperkasa industri herba negara.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :285

Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan

kaduk

Satu lagi email yang saya terima dari seorang pembaca Blog ini. Beliau menceritkan mengenai khasiat daun kaduk..

Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Saya menanamnya di belakang rumah dan mengamalkan memakannya selalu.

Kiriman E-Mel: ria_suria0306 @ yahoo.com

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik SiniNumber of View :12598