Bunga Telang

kacang-telang

Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitoria ternatea juga dikenali dengan kacang telang dan di sebelah Kelantan ia lebih popular dengan nama bunga nasi kerabu. Ini kerana bunga ini digunakan dalam mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Warna bunga ini juga boleh digunakan sebagai pewarna biru untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih. Selain bunga, daun pokok ini juga ada digunakan bagi mewarnakan makanan menjadi hijau. Buah Kacang telang pula boleh dimasak dan dimakan. Namun, daripada beberapa rujukan buah ini dikatakan mengandungi sedikit racun. Penulis sendiri tidak pasti kerana belum pernah mencubanya.

bunga-telang

Pokok ini merupakan sejenis tumbuhan menjalar dan pertumbuhannya sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. Kebiasaanya bunga telang ditanam menggunakan biji benih. Biji benih boleh didapati dari buah kacang telang yang telah merekah.

kacang-telang2

Dari segi perubatan tradisional, ia mempunyai banyak kegunaan. Akar pokok ini dipercayai  dapat melawaskan air kencing, bunganya boleh direndam lalu airnya digunakan bagi mencuci mata yang merah manakala daunnya boleh dihancurkan dan ditampal pada bisul. Jika anda ingin berkongsikan sesuatu mengenai pokok ini, saya mengalu-alukannya.

Number of View :20041