Kacang Tanduk

kacang-tanduk

Kacang Tanduk – sekali pandang rupanya, memang amat pelik sekali kerana ia tidak merupai bentuk kacang yang biasa. Penulis mengenali kacang tanduk sudah lama dahulu, namun belum pernah sekali merasainya. Ketika ini, kacang ini sudah banyak dijumpai dijual di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant dan sebagainya. Jadi, artikel kali ini, penulis cuma ingin kongsikan beberapa fakta yang sempat dikumpulkan dari beberapa rujukan dan komen-komen dari rakan-rakan dalam Grup dan Blog mengenai kacang ini.

Kacang tanduk atau Water caltrop dikatakan berasal dari Cina dan Taiwan. Pokoknya seakan menyerupai pokok teratai dan ditanam di dalam air. Kacang Tanduk biasanya dijual semasa Mid Autumn Festival atau Moon Cake Fesival atau Lantern Festival. Mid Autumn Festival setiap tahun jatuh pada 15hb bulan 8 kalender Cina, bersamaan dengan 9hb September untuk tahun ini. Kacang tanduk adalah salah satu makanan yang popular selain dari kuih bulan.

Cara makan kacang tanduk adalah dengan cara merebusnya sahaja seperti cara kita rebus kacang tanah. Untuk makan, pecahkan kulit tanduk dan nampaklah isi kacangnya berwarna putih.

Jika anda mempunyai info mengenai kacang ini bolehlah kongsikannya di sini 🙂

 

Number of View :30239