Jenis Makanan Penurun Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi banyak dihidapi pada ramai di kalangan kita. Bagi yang belum mengalaminya ada cara untuk mencegah ia dari berlaku dengan mengamalkan beberapa jenis sumber makanan. Buat lain yang sudah berpenyakit darah tinggi amalkannya juga makanan ini untuk menurunkan kadar tekanan.

Bayam
Bayam merupakan sumber magnesium yang sangat baik. la melindungi anda daripada penyakit jantung, tetapi juga dapat mengurangi tekanan darah. Selain itu, kandungan folat di dalam bayam dapat melindungi tubuh dari homosistein yang menghasilkan bahan kimia berbahaya. Penyelidikan menunjukkan bahawa kadar tinggi asid amino dapat menyebabkan serangan jantung dan strok.

Biji bunga matahari
Ramai yang mengenalinya sebagai kuaci. Kandungan magnesiumnya amat tinggi dan kuaci mengandungi pitosterol yang dapat mengurangi kadar kolesterol dalam tubuh. Kolesterol tinggi merupakan penyebab tekanan darah tingi kerana dapat menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Pastikan anda makan kuaci segar yang tidak ditambah garam atau diproses terlebih dahulu.

Kacang- kacangan
Kacang-kacangan seperti kacang tanah, badam dan kacang merah mengandungi magnesium dan potassium. Khasiat ini diketahui cukup efektif menurunkan tekanan darah tinggi.

Pisang
Buah ini bukan sahaja menawarkan rasa lazat tetapi juga membuat tekanan darah lebih sihat. Pisang mengandungi kalium dan serat yang tinggi yang bermanfaat mencegah penyakit jantung. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa sebiji pisang sehari cukup untuk membantu mencegah tekanan darah tinggi.

Kacang soya

Memang banyak manfaatnya mengambil kacang soya untuk kesihatan tubuh. Salah satunya adalah membantu menurunkan kolesterol jahat dan tekanan darah tinggi, Kandungan isoflavonnya memang sangat bermanfaat bagi kesihatan.

Kentang
Nutrisi dari kentang sering hilang kerana cara memasaknya yang tidak sihat. Walhal, kandungan mineral serat dan potassium di dalam kentang amat tinggi dan baik untuk menstabilkan darah.

Sumber : Mingguan Wanita ( Januari, 2013)

Number of View :1398

Kacang Soya lengkap Protein

Produk seperti air kacang soya, kicap soya dan tempe sememangnya tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Ini kerana, selain rasanya yang sedap, kacang soya merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan protein lengkap seperti asid amino dan pelbagai vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh manusia.
Protien kacang soya dapat disetarakan dengan dua kali protien daging,empat kali telur,empat kali gandum,lima kali atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protien kacang soya bukan sahaja tinggi,tetapi juga baik dari segi kualitinya.
Kacang soya merupakan tumbuhan yang banyak ditanam di Asia Tenggara dan juga negara-negara seperti Brazil, Argentina, China, dan India.
Pokoknya berbentuk tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter dengan bunganya berbentuk gumpalan berwarna putih atau ungu.
Dengan nama saintifik Glycine max, kacang soya yang dihasilkan adalah berbentuk bulat dan berwarna kuning kehijauan.
Selain produk makanan, kacang soya juga digunakan dalam penghasilan barangan seperti sabun, kosmetik, plastik, dakwat, krayon dan pelarut.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :4456