Kabal Madu – Serapit

kabalmadu

Kunjungan ke Taman Pertanian Sabah sedikit sebanyak menemukan saya beberapa spesis baru yang jarang atau tidak ditemui di Semenanjung Malaysia. Benarlah kata orang tua-tua lama-lama. Semakin jauh kita berjalan.. kita rasa semakin banyak kita belajar.. namun hakikatnya semakin banyak lagi yang kita tidak ketahui.. Ilmu yang ada pada diri kita sebenarnya diibaratkan sebagai sebesar biji sawi.. terlalu kecil dan terlalu sedikit….tazkirah la pulak ! Jadi TIDAK  usahlah kita kedekut ilmu !! Biarpun ilmu kita ada 1 tetapi jika dimanfaatkan kepada 1,000 orang, sudah tentu banyak ganjarannya. Betul tak Ustaz Akhil Hayy?

kabalmadu2

Kabal Madu atau nama saitifiknya Willughbeia angustifolia merupakan tumbuhan yang menjalar dan memerlukan pokok tumpangan yang tinggi bagi pokok ini membina kanopinya sendiri. Ia berasal dari Borneo dan juga dikenali sebagai pokok Serapit.  Sekali pandang memang saya sendiri tidak perasan bahawa pokok ini merupakan pokok menjalar. Ini kerana kanopi pokok ini terlalu rimbun sehingga menutupi pokok tumpangan.

kabalmadu3

Beginilah rupa buah yang sudah masak dan boleh dimakan begitu sahaja. Namun, hati-hati dengan getahnya. Buah ini merupakan sejenis buah yang mengeluarkan getah pada kulit dalamnya. Kalau sudah terkena isi, rasanya tentu kurang sedap.

Anda yang berada di Sabah sudah tentu pernah lihat buah atau pokok  ini tetapi kepada anda yang berada di Semenanjung, pernahkah anda temui pokok ini di halaman rumah kampung anda?

Number of View :24666