Mangga Telur @ Mempelam telur

Mangga Telur atau nama saintifiknya Mangifera indica juga dikenali dengan panggilan Mempelam telur. Buah mangga telur sangat dikenali dan dahulunya banyak di tanam di sekitar rumah di kampung-kampung. Gambar ini saya rakamkan di sekitar rumah di kawasan Kampung Gajah, Perak pada bulan April yang lalu. Boleh dikatakan setiap tahun, apabila tiba musimnya, pokok mangga telur mengeluarkan buah dengan banyak sekali.

Saiznya kecil berbanding dengan mangga lain dan bentuk hampir bulat seakan telur ayam maka ia dipanggil mangga telur. Mangga ini merupakan sejenis mangga yang tahan lasak dan menghasilkan buah yang banyak. Kebiasaannya, anak pokok mangga telur dijadikan pokok penanti (rootstock) untuk dicantumkan dengan pokok mangga daripada varieti lain samada menggunakan mata tunas, pucuk, ranting dan sebagainya.

Buah mangga telur amat masam ketika muda dan apabila telah matang atau masak ia mempunyai rasa sedikit manis. Jadi, ia sangat sesuai dijadikan jeruk. Beberapa tahun lalu, jeruk mangga asam boi sangat popular menyebabkan ramai orang yang ingin mencubanya.

Di sini saya akan kongsikan, hasil bedah siasat terhadap buah mangga telur. Apa yang ada di dalamnya? Sama-sama kita lihat.

Ya. Di dalamnya sudah tentu ada biji yang diselaputi kulit keras (endocarp). Kulit tersebut perlu dibelah sebelah tepi bagi mendapatkan biji sebenar. Biji tersebut mempunya kulit yang nipis (seed coat).

Apabila kulit nipis dibuang, maka terlihatlah rupabentuk di dalamnya yang terdiri dari embrio dan endosperma.

Menurut sumber rujukan, biji mangga boleh dikeringkan dan dikisar bagi menghasilkan serbuk. Ia dikatakan mempunyai nutrien, vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

 

Number of View :1785