Jantung Pisang

jantung-pisang

Bagi penggemar ulam, sudah tentu tahu bahawa jantung pisang juga boleh dicelur dan dibuat ulam. Selain dibuat ulam, jantung pisang juga boleh dimasak sebagai kerabu, masak lemak jantung pisang dan rendang jantung pisang.

jantung-pisang2

Jantung pisang mengandunggi 1.2 protein, 0.3% lemak, 7% karbohidrat, serta mengandunggi fosfurus dan zat besi. Dari segi khasiat perubatan, jantung pisang memberi tenaga dan membersihkan organ-organ dalam badan seperti jantung, hati dan membersihkan buah pinggang. Selain itu, ada sesetengah berpendapat, makan jantung pisang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :9356

Jantung Pisang

Bunga pisang atau biasanya disebut sebagai jantung pisang juga sangat lazat rasanya jika diubah menjadi pelbagai hidangan istimewa. Ulam jantung pisang adalah salah satunya. Ulam jantung pisang merupakan hidangan utama Jawa. Cara menyediakannya juga sangat mudah, jantung pisang dikupas kulit luarnya sehingga menampakkan bahagian putih yang tinggal. Bakar atau kukus terlebih dahulu untuk menghilangkan getah dan rasa kelatnya. Buatkan sambal belacan dan cicahkan jantung pisang ke dalam sambal. Hidangkan dengan nasi panas, hmm… memang best.. Meleleh air liur..

Alternatif lain dalam penyediaan jantung pisang adalah dengan memasak sayur lodeh. Pilihlah jantung pisang dari pisang raja atau abu kerana kedua pisang ini menghasilkan jantung pisang yang rasanya tidak pahit seperti jenis pisang lainnya. Selain dibuat sayur lodeh, jantung pisang juga boleh dibuat gulai dan acar.
Di dalam perubatan traditional pula, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

 

Number of View :7345