Gula Apong dari Pokok Nipah

nipah21

Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di kawasan hutan bakau atau di tempat pasang surut dekat tepi laut. Daun pokok Nipah yang panjang dan lembut banyak digunakan masyarakat tempatan untuk membuat atap nipah dan digunakan dalam seni anyam-menganyam bakul dan jerami.

nipah

Jika Melaka terkenal dengan gula Melaka atau gula merah, Sarawak pula terkenal dengan gula apong, yang juga hampir menyerupai gula merah. Bezanya, gula melaka dihasil menggunakan nira pokok kelapa, sedangkan gula apong dihasilkan menggunaka nira nipah, yang sememangnya banyak di Sarawak.

gula-nipah1

Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan pula sangat popular sebagai bahan membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional masyarakat Sarawak.  Antaranya ialah seperti kuih Celorot(gambar di bawah), kuih Keria, dan kuih Bongkol. Selain itu, ia juga sedap di campur dalam minuman cendol.

selorot

Oleh kerana proses menghasilkan gula apong agak rumit dan pengeluarannya dikatakan agak terhad, maka tidak hairanlah ianya dijual dengan harga yang tinggi.

gula-apong

Ada sesiapa orang Sarawak di sini yang biasa menggunakan gula apong, di harap bolehlah kongsikan sedikit cerita anda tentang gula apong..


Number of View :35991