Jualan Pokok Bunga di Floria 2011

bunga-matahari

Artikel kali ini mengenai pokok-pokok bunga yang  dijual semasa pameran Floria 2011 yang sempat saya update di Blog ini untuk tatapan anda yang tidak sempat ke sana. Antara bunga yang menarik perhatian saya adalah bunga matahari di atas ini. Memang cantik!! Harga pun boleh tahan. RM10/pokok.

begonia

Bunga Begonia yang pelbagai bentuk dan warna.

bunga-catelia

Bunga Catelia yang semakin popular di tanam kerana daunnya yang berbelang-belang.

bunga-cyclamen

Bunga Cyclamen yang juga mempunyai bunga yang cantik tetapi saya jarang lihat bunga ini ditanam.

janda-kaya

Pokok bunga janda kaya yang sudah memang terkenal dan banyak ditanam sebagai pokok hiasan.

madraston

Pokok di atas ini pun sudah semakin banyak di tanam di Malaysia.

baja-organik

Baja soya organik yang digunakan sebagai baja pokok orkid. Semasa pameran Floria 2011 yang lalu memang banyak sekali gerai yang menjual orkid.  Bagi peminat orkid memang seronok sangat la dapat tengok pelbagai jenis dan varieti baru orkid. Industri orkid semakin hari semakin meningkat naik disebabkan permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara.

bunga-orkid

Gambar di atas adalah antara pokok orkid yang  dijual semasa pameran Floria yang lalu.  Memang terdapat banyak jenis tetapi saya  tak berapa ambil kisah sangat untuk rakamkam gambar. Jadi, itu sahajalah yang dapat saya kongsikan mengenai jualan pokok bunga semasa Floria 2011.

Number of View :22611

Floria 2011 @ Festival Bunga & Taman Putrajaya

floria2011

Floria 2011 datang lagi. Festival Bunga yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya kali ini bertemakan “Mawar untuk Selamanya” .  Bagi mereka yang pertama kali mengetahui tentang Festival ini, Floria 2011 merupakan acara bertaraf antarabangsa yang akan dianjurkan selama 9 hari ini bermula pada 9 hingga 17 Julai 2011 bertempat di Persisiran Tasik Presint 2, Putrajaya. Bagi yang pertama kali ke Floria ini  pasti terpesona dengan bunga-bunga dan dedaun yang kemas diatur dan landskap dalam pelbagai gaya dan susunan yang akan mewujudkan kemeriahan berwarna-warni.

2floria2011

Hari pertama Floria 2011 bermula, saya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke sana melihat sesuatu yang berbeza dengan Floria 2010 . Jika Floria 2010 tahun lalu bertemakan bunga Heliconia, kali ini Floria 2011 bertemakan bunga ros.

3floria2011

Di katakan juga terdapat lebih kurang 100 spesies bunga ros akan dipamerkan di Festival ini. Walau bagaimanapun, mungkin hanya  20-30 spesies sahaja yang dapat saya ketemui di sini. ( Beberapa gambar yang saya dapat kongsikan bersama anda ).

4floria2011

Terdapat juga pameran tertutup Floral Pavillion yang mempamerkan gubahan dan seni taman dari 13 negara antarabangsa yang bertemakan Rose Garden, Aroma Garden, Special Floral dan bermacam-macam lagi. Maaflah, tak sempat nak uploadkan gambar.

6floria2011

Bagi yang tidak sempat pergi pada waktu siang hari, anda juga boleh pergi pada sebelah malam. Pameran ini sehingga pukul 11.00 malam. Acara sebelah malam juga pun menarik juga. Antaranya pertunjukkan bunga api, perarakan bot berhias, Muzik Etnik Kotemporari, persembahan paluan tambuer dan bermacam-macam lagi mengikut hari-hari dan waktu yang ditetapkan.

7floria2011

Malam tadi cadang nak pergi tengok suasana malam di Floria 2011, tetapi tidak sangka pula bukan main ramai orang datang pada waktu malam berbanding petang tadi. Apa pun, bagi mereka yang belum lagi pernah pergi ke Festival Floria ini, bolehlah berkunjung ke sana selagi bunga ros belum layu.

Number of View :7176