Durian Hutan @ Hulu Langat

Pada 17 Ogos yang lalu, saya berkesempatan ke Hulu Langat untuk mencari Durian Hutan yang dikatakan banyak dijual di sana. Durian Hutan atau nama saintifiknya Durio lowianus tidaklah popular berbanding durian yang biasa kita makan atau nama saintifiknya Durio zibethinus. Menurut rujukan terdapat 4 varieti atau jenis durian hutan daripada spesies Durio lowianus.

Salah satu varieti durian hutan adalah seperti di dalam gambar yang sempat saya ambil yang dikenali sebagaiThe Purple Punk’. Nama ini diberikan oleh penulis Blog yearofthedurian.com disebabkan warna kulitnya yang sedikit merah keunguan. Nama tempatan untuk durian hutan jenis ini saya tidak pasti dan penjual buah tersebut pun tidak berapa yakin akan namanya. Harga saya beli ketika itu lebih kurang RM6/kg. Dapatlah beli 3 biji dengan harga lebih kurang RM20.

Durian Hutan sangat berbeza dengan durian yang biasa kita makan. Durinya lebih panjang dan runcing manakala tangkainya lebih pendek. Rasanya juga jauh tidaklah semanis durian yang biasa tetapi isinya lebih pekat dan ‘melekat’. Walaupun isinya nipis namun pada saya ia masih mempunyai rasa yang tersendiri dan unik. Susah nak diceritakan secara terperinci, rasa dahulu baru tahu.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :45